Salam Tahun Baru 2010

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web rasmi skpenaga. Sempena tahun baru 2010, laman web ini turut mengalami perubahan yang ketara.

Sekapur Sirih 2010

Assalammualaikum/Salam Sejahtera
Guru SK Penaga, Kakitangan, Pekerja Sekolah
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita telah dapat menjalankan tugas kita dalam keadaan tenang dan berhemah pada tahun 2010 ini. Sesi persekolahan Tahun 2010 telah dapat dimulakan pada 7.40pg, 4.1.2010 tanpa masalah besar. Tahniah & syabas diucapkan kepada semua warga sekolah.
Strategi mengutamakan perancangan sudah pasti akan dapat mengelakan pembaziran masa dan pasti dengan meletakkan keutamaan kepada core business, seorang pendidik akan berjaya mengurus tugasnya dengan baik dan tenang.
Dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu pasti kita dapat memelodikan irama tugasan dengan bijak dan bertanggungjawab.
Aktiviti bulan Januari telah berjalan dengan agak padat juga dan pasti ianya telah memanaskan kita untuk berfikir "APA YANG SAYA BELUM BUAT LAGI?" Dengan melihat diari hati kecil kita sudah pasti dengan mudah kita dapat jawapannya.
Seorang pendidik yang berkesan pasti akan membuka mindanya untuk terus berfikir "APAKAH SAYA AKAN TABAH DAN MAMPU MENGHADAPI SEGALA CABARAN TUGAS?"
Membuka senarai semak tugas-tugas yang telah dipertanggungjawab kepada kita adalah satu cara yang mesti kita lakukan untuk menentukan bahawa kita tidak ketinggalan dengan orang lain yang telah mula pecutan lariannya mengejar sinaran kegemilangan.
Dengan tekad Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing, bulan Februari yang akan menjelma sudah pasti akan menghidangkan lembaran aktiviti yang pasti mencabar kewibawaan kita sebagai seorang pendidik sejati.
"SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN BULAN FEBRUARI 2010"
IKHLAS DARI MEJA GURU BESAR
SK PENAGA

AJK PIBG 2009/2011

 
Penasihat Tn. Hj. Mohamed Bin Abdul  Majis
Yang Dipertua   En. Abdul Shukor B Embi
Naib Yang Dipertua En. Zainol B Ismail
Setiausaha Kehormat  Cik Ummei Azura Bt A’azman
Bendahari Kehormat Pn. Zuriatun Asyikin Bt A.Karim
AJK Waris
Pn. Sabariah Ismail

En. Ibrahim Ismail
En. Nor Shifa
En. Mustafa Kamal
Pn. Roziah Mohd Ariff
AJK Guru
Pn. Marzatunshima Bt Mashim

En. Mohd Shukri B Din

Pn. Hjh Nasriah Ismail
Pn. Sakinah Ahmad
Pn. Hanisah Hashim
Juru Audit Dalaman
Pn. Zakiah Abdul Hamid

En. Suhaimi Ismail

home berita hubungi kami galeri pusat sumber sekolah