Your Logo Text

logo

Change Your Motto Text Here

Salam Sejahtera!

Daftar Masuk






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Mesyuarat Agung PIBG SK Penaga kali ke-33
Ditulis oleh Setiausaha PIBG   
Monday, 02 February 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan inayah-Nya serta selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W  pada tanggal 1 Februari 2009 (Ahad) SK Penaga telah mengadakan  Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33. Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa PIBG  yang telah menggembleng tenaga untuk menjayakan majlis ini.

Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Fauzi bin Hassan. Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Pulau Pinang. 

            Berikut ialah senarai penuh jawatankuasa yang telah dilantik untuk sesi 2009/2011. Semoga pelantikan jawatankuasa baru ini akan memantapkan lagi barisan PIBG SK Penaga dan dapat membantu SK Penaga menjalankan aktiviti agar murid-murid beroleh manfaat dan kejayaan yang cemerlang.

 Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

Sekolah Kebangsaan Penaga

Sesi 2009/2011

Penasihat                              :           Tn. Hj. Mohamed Bin Abdul  Majid

Yang Dipertua                      :           En. Abdul Shukor B Embi

Naib Ydp                               :           En. Zainol B Ismail

Setiausaha Kehormat         :           Cik Ummei Azura Bt A’azman

Bendahari Kehormat           :           Pn. Zuriatun Asyikin Bt A.Karim

Ajk Waris                               :           Pn. Sabariah Ismail

                                                            En. Ibrahim Ismail

                                                            En. Halim Hassan

                                                            En. Mustafa Kamal

                                                            Pn. Roziah Mohd Ariff

Ajk Guru                                :           Pn. Marzatunshima Bt Mashim

                                                            En. Mohd Shukri B Din

                                                            Pn. Hjh Nasriah Ismail

                                                            Pn. Sakinah Ahmad

Juru Audit Dalaman            :           Pn. Zakiah Abdul Hamid

                                                            En. Suhaimi Ismail

Terakhir dikemaskini ( Monday, 02 February 2009 )
 
Sekapur Sirih 2009 (Februari)
Ditulis oleh Guru Besar   
Thursday, 29 January 2009

Assalammualaikum/Salam Sejahtera

Guru SK Penaga, Kakitangan, Pekerja Sekolah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita telah dapat menjalankan tugas kita dalam keadaan tenang dan berhemah pada tahun 2009 ini.

Sesi persekolahan Tahun 2009 telah dapat dimulakan pada 7.40pg, 5.1.2009 tanpa masalah besar. Tahniah & syabas diucapkan kepada semua warga sekolah.

Strategi mengutamakan perancangan sudah pasti akan dapat mengelakan pembaziran masa dan pasti dengan meletakkan keutamaan kepada core business, seorang pendidik akan berjaya mengurus tugasnya dengan baik dan tenang.

Dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu pasti kita dapat memelodikan irama tugasan dengan bijak dan bertanggungjawab.

Aktiviti bulan Januari telah berjalan dengan agak padat juga dan pasti ianya telah memanaskan kita untuk berfikir "APA YANG SAYA BELUM BUAT LAGI?" Dengan melihat diari hati kecil kita sudah pasti dengan mudah kita dapat jawapannya.

Seorang pendidik yang berkesan pasti akan membuka mindanya untuk terus berfikir "APAKAH SAYA AKAN TABAH DAN MAMPU MENGHADAPI SEGALA CABARAN TUGAS?"

Membuka senarai semak tugas-tugas yang telah dipertanggungjawab kepada kita adalah satu cara yang mesti kita lakukan untuk menentukan bahawa kita tidak ketinggalan dengan orang lain yang telah mula pecutan lariannya mengejar sinaran kegemilangan.

Dengan tekad Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing, bulan Februari yang akan menjelma sudah pasti akan menghidangkan lembaran aktiviti yang pasti mencabar kewibawaan kita sebagai seorang pendidik sejati.

"SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN BULAN FEBRUARI 2009"

IKHLAS DARI MEJA GURU BESAR

SK PENAGA

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 29 January 2009 )
 

Masa Itu Emas

Planner SKP

August
Sambutan Hari Kebangsaan
August 31, 2011 (All Day)

Sambutan Hari Kebangsaan
August 31, 2011 (All Day)

Kalendar Penuh
Pengunjung